Najib Razak telah mengejutkan dunia terutama Malaysia bilamana beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia dengan alasaan ‘kecuaian’ beliau mempercayai orang orang yang dikatakan diberi mandat untuk mengurus 1MDB termasuk Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
2.Sebelum ini Najib memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘dalang’ beliau di hadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan.
3.Najib juga menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri, menahan Datuk Seri Khairuddin Hassan di bawah SOSMA.
4.Najib menuduh tidak mendapat perbicaraan yang adil dan saksama. Najib dan penyokong penyokong setia menuduh konon isu 1MDB merupakan ‘political prosecution’ yang dirancang Tun Dr Mahathir.
5.Walau bagaimana pun permohonan maaf Najib Razak kurang jelas.Apakah permohonan maaf hanya kesilapan kerana tidak mengenali Jho Low atau kerana wang yang masuk kedalam akaun peribadinya.
6.Semua ini sudah terjawab dengan jelas bahawasanya Najib Razak terlibat secara terus dalam kecurian wang 1MDB.
7.Bagi mereka yang dengan mudah menerima maaf Najib juga harus berterus terang adakah dengan menerima maaf itu segala salah laku Najib tergugur dan dibebaskan atau hanya menerima maaf sebagai seorang Islam.
8.Sebagai seorang Islam perbuatan memberikan kemafaan merupakan suatu perbuatan yang baik dan suci tetapi ianya haruslah mengikut kehendak prinsip dan ajaran Islam.
9.Maksudnya permohonan maaf hendaklah bersama memulangkan segala wang yang di curi Najib Razak. Bukannya memohon maaf tetapi wang berbillion billion yang di curi dari 1MDB harus ditanggong/dibayar rakyat.
10.Memandangkan wang yang dicuri begitu banyak, berbillion billion ringgit musibah membayar kembali wang curian itu bukan sahaja di tanggong generasi hari ini tetapi generasi akan datang iaini anak cucu kita nanti.
11.Disamping memohon maaf pada yang sama menzalimi orang ramai (rakyat) membayar balik wang curian berkenaan. Ianya suatu perbuatan yang zalim.
12.Cukup Cukuplah Najib Razak. Jika ikhlas dan insaf apa yang kamu telah lakukan, jika kamu ikhlas menyedari kesalahan kamu yang mencuri, maka pulangkan wang curian itu dan jangan membebankan rakyat membayar wang yang dicuri.
13.Jangan seperti kata, setelah kamu ‘berak’ najis kamu rakyat membersihkannya.
Ahad 26 Oktober 2024
0 Comments