Agenda Singapura mirip Barat dan Israel.

Sebuah syarikat digital media di Singapura, Mothership melaporkan “3 Singaporean aged 21-46 self radicalised separated by Israel-Hamas conflict detained by ISD in November 2024” ( 9 Januari 2025).

(3 warga Singapura berusia 21-46 tahun diradikalisasikan sendiri dipisahkan oleh konflik Israel-Hamas ditahan ISD pada November 2024)


2.Mothership melaporkan “He went on social media for religious knowledge and was exposed to the teachings of foreign radical and segregationist preachers, such as Azhar Idrus and Wadi Annuar from Malaysia”


3.Bahasa Malaysia nya  “Dia membuka media sosial untuk pengetahuan agama dan didedahkan dengan ajaran pendakwah radikal dan segregasi asing, seperti Azhar Idrus dan Wadi Annuar dari Malaysia.


4.Kami ingin bertanya rakyat Malaysia bangsa Melayu dan beragama Islam ‘apakah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Wadi Annuar pendakwah radical dan segregasi di Malaysia’ seperti tuduhan pemerintah Singapura?


5.Amat dihargai jika JAWI dapat memberikan penjelasan mengenai dua ustaz  berkenaan yang dituduh pemerintah Singapura sebagai pendakwah radikal dan segregasi dari Malaysia.


6.Ceramah kedua ustaz berkenaan boleh didapati disosial media dan youtube. Jika ceramah kedua ustaz ini radikal dan segregasi pasti JAWI akan bertindak. Dapatkah pemerintah Singapura membukti ustaz berkenaan pendakwah radikal?


7.Sebelum ini pemerintah singapura telah mengharamkan beberapa ulama dan ustaz masuk ke sana. Antaranya Zakir Naik, Ustaz Somad dari Indonesia dan Mufti Menk serta yang lain. Kebanyakkan mereka bertaraf Ulama dan bukan ustaz sahaja.


8.Setelah mengharamkan kemasukkan para ulama dan ustaz dari  luar, pemerintah Singapura bercadang untuk menubuhkan Kolej Islam.


9.Kemungkinan objektif Kolej Islam ini untuk melahirkan para ustaz/ustazah berfahaman “Islam Liberal” sekular yang bercampur aduk bangsa dan agama di Singapura.


10.Dari itu Singapura mempunyai agenda mirip Barat dan Israel. 


Post a Comment

0 Comments