Solidarity Najib : Apa rakyat dapat?

 Pada July 2022 Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

2.Sembilan (9) Hakim mendapati Najib Razak bersalah dan dua (2) Hakim menolak semakan keputusan.


3.Apakah ini pendakwaan terburu-buru atau pendakwaan terpilih sepertimana kedengaran dilaungkan PMX? Atau PMX sendiri cuba membawa sesuatu isu yang dapat mengalih perhatian/pandangan/menutup kegagalan kerajaan Madanon memerintah negara dari rakyat?


4.Dilaporkan pada 6 Januari 2025 akan di adakan  perhimpunan solidariti menyokong Dato’ Sri Najib Razak.


5.Sepertimana kenyataan Rafique Rashid, Ketua Penerangan Pejuang (1 Jan 2025) “Solidariti 6 Januari 2025 hanyalah permainan politik . Percayalah kerana tiada apa yang tidak diperolehi oleh Najib Razak dalam membela kesnya. Pasukan Peguam yang hebat, perbicaraan yang lama, ruang dan peluang yang luas dalam membentang kesnya, jaminan sehingga habis tempoh rayuan serta permohonan-permohonan yang pelbagai. Jauh lebih istimewa dari individu-individu lain”.


6.Sekali lagi rakyat harus bertanya pada diri sendiri: Apa mereka dapat dari solidariti ini?

Rakyat tidak memperolehi sebarang kebaikkan melainkan rakyat (pembayar cukai) harus membayar balik wang yang ‘diambil’ Najib sebanyak RM42juta. Apakah ini yang dikehendaki rakyat? Apakah ini suatu keadilan untuk rakyat?


7.Dengan adanya bukti seperti Money Trail bank akuan Najib Razak di mahkamah, adakah pernah Najib Razak mohon maaf kepada rakyat apa yang beliau telah lakukan seperti mana pertuduhan di mahkamah? Beliau masih tidak membuat pengakuan bersalah dan beliau juga tidak mohon maaf kepada rakyat, jadi apa motif penganjur ‘Solidarity Najib’? Tidak kah psrmainan

Politik.


8.Lantaran itu Solidarity Najib di gerakan oleh puak yang mencari/mahukan keuntungan politik bagi diri mereka dan bukan rakyat. 


9.Rakyat sendiri menjadi mangsa permainan politik ahli politik yang songsang pendiriannya.


02 Januari 2025

01/25

Post a Comment

0 Comments