Pada Sabtu 28 Disember 2024, YB Hassan Abdul Karim, MP PKR Ahli Parlimen Pasir Gudang menulis bertajuk “Jom Turun Demo Lengserkan PMX”.
2.Merujuk kepada Point 11 tulisan beliau,
“Begitu juga tentu sekali Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih ingat lagi bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad digoncang hebat dengan perhimpunan besar membantah isu ICERD dan Statut Rome anjuran bersama PAS dan UMNO sehingga akhirnya kerajaan PH tersebut tumbang selepas jadi kerajaan hanya 22 bulan sahaja”.
3.Kenyataan beliau tidak tepat.
4.Untuk makluman YB Karim bahawa Perhimpunan besar UMNO/PAS itu digunakan oleh Bersatu sebagai alasan untuk melancarkan ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan tumbangnya kerajaan PH 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
5.Objektif utama ialah supaya impian TSMY untuk menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan.
Isnin 30 Disember 2024
0 Comments