Rumah Putih (White House) menolak keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoavi Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza.
2.Menurut jurucakap Majlis Negara Majlis Keselamatan Negara AS “Amerika Syarikat (AS) secara asasnya menolak keputusan mahkamah (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap untuk pegawai kanan Israel. Kami tetap amat bimbang dengan sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya untuk mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang yang membawa kepada keputusan ini,"
3.Menurut laporan media setiap hari ratusan rakyat Palestine di bunuh Israel dengan bantuan
Amerika. Tanpa sokongan dan galakan dari Amerika dan sekutu mereka, Israel tidak akan begitu berani dan biadap membunuh rakyat Palestine setiap hari.
4.Kini bukan sahaja rakyat Palestine di bunuh di Gaza tetapi tentera Israel menyerang Lubnan dan membunuh rakyat Lubnan. Nampaknya gerakan Israel dibantu Amerika dan sekutu membunuh secara beramai ramai umat Islam dan kini merebak di Lubnan seperti mereka kehausan darah umat Islam.
5.Dengan tindakan terbaru Amerika menolak waran tangkap kedua pemimpin Yahudi berkenaan dan disamping umat Islam/Melayu di Malaysia sholat dan mendoakan keselamatan rakyat Palestine dan Lubnan, kita boleh dan dapat memboikot barangan Amerika sepertimana kita memboikot Macdonald, Starbud dan KK Mart.
6.Paras hutang ditanggung Amerika Syarikat (AS) yang dianggar melebihi AS$34 trilion (RM161.4 trilion) meletakkan gergasi ekonomi itu di landasan tidak mampan.
7.Dengan memboikot barangan Amerika ianya akan sangat berkesan.

0 Comments